Thursday 25 October 2012

santai sihat


Ramada
n yang lalu rasanya baru.
Datang pula Ramadan yang baru.
Ada yang masih keliru.
Antara syaitan dan hantu.

Kerana kurang belajar ilmu.
Rambut putih dicelup kelabu.
Mengubati fikiran yang terganggu.
Namun hati masih terbelenggu.

Bukan itu keputusan jitu.
Penuhi dada dengan ilmu.
Dengan Allah kena ma'arifatu.
Baru hati tenang selalu.

Kepada Allah sujud selalu.
Baru akrab dan bersatu.
Menyembah hanya pada yang Satu.
Barulah ibadat nilainya bermutu.

Marilah berazam di kalbu.
Berpuasa dan bersahur dulu.
Supaya berkat sepanjang waktu.
Pahalanya banyak beribu-ribu.

Jangan puasa ikut regu.
Hilang isi, tinggallah sudu.
Biarlah berpuasa bersama ilmu.
Barulah firdausi kita ketemu.

Jom kita doa dan merayu.
Supaya akhirnya kita bertemu.
Baru puas rasa di kalbu.
Kerana sampai tempat dituju.

1 comment:

  1. clipping path Era a photo editing service provider. that specializes in editing images of e-commerce products eBay Amazon product images editing .fashion furniture and more the services they provide are photo editing clipping path. Deep editing photo retouching multiple clipping paths for changing colors.
    Clipping pathThanks For You Sharing.

    ReplyDelete