TEMPLATE ERROR: Invalid data reference post.url: No dictionary named: 'post' in: ['blog', 'skin', 'view']

Thursday, 30 December 2010

pantun mcam macam ada,

Pantun bersama Mabul
Sayang selasih dari buana
layu tangkai ditiup bayu
Sayang kasih tak sampai ke mana
Baru berputik dah terkulai layu

Mabul:
Hujan gerimis menimpa kayu
Kayu gaharu bercabang-cabang
Usah ditangis bunga yang layu
Kuntum yang baru pasti berkembang

mari meniti hari mendatang
kasih yang lalu biarkan pergi
kuntuman wangi baru berkembang
moga tak layu di taman hati

 Mabul:
ada sepasang itik serati
mandi di hulu tenang-tenangan
bunga kembang di taman hati
memang tak layu ditelan zaman

sungai berliku berbatu-batu
tepian tebing tumbuh keladi
andai layu meniti waktu
di dalam hati kembang adabi

Posted at 07:17 am by SeRiNDiT
Make a comment   
Oct 4, 2008
berpantun kita bah....
pantun bersama Mabul

hujan gerimis menimpa kayu
kayu gaharu bercabang-cabang
usah ditangis pada yang layu
kuntum yang baru pasti berkembang

mari meniti hari mendatang
kisah yang lalu biarkan pergi
kuntuman wangi baru berkembang
moga tak layu di taman hati

ada sepasang itik serati,
mandi di hulu tenang-tenangan
bagai kembang di taman hati
moga tak layu ditelan zaman

sungai berliku berbatu-batu
tepian tebing tumbuh keladi
andai layu menti waktu
di dalam hati kembang abadi



hahhh....ni pantun raya....
(alahhhh kak dek...)
pantun ni saya tulis ketika kami mendapat undangan membuat rakaman(Dondang Raya??? Maaf dah lupa le...Lebih kureng cam tu le) di RTM 2006
bersama HA,JY,NORZA dan ONY. Haha..kelakar tul ler sebab aku kena bergurindam..membuat rakaman tu tak der masalah ler sebab dulu pernah gak bertugas di RTM KK sebagai pembaca berita sambilan dalam bahasa Bajau(Radio)


Tangan dihias gelang suasa
Gadis manis bernama Mariah
Di bulan Ramadhan kita berpuasa
Syawal di sambut dengan meriah

Panjang mengurai rambut si puteri
Menjadi idaman sering dipuji
Kunjung mengunjung di aidil fitri
ketupat dan rendang turut disaji

malam kelam kerana gerhana
sehingga pagi juga ke senja
sambutlah syawal dengan sederhana
jangan membazir dalam berbelanja

Sungguh gagah Indera Pura
Putera Kayangan empunya kisah
syawal di sambut dengan gembira 
jangan dilupa mereka yang susah


ni gurindamnya....

Ramadhan pergi syawal menjelma
Miskin kaya sambut bersama

Jangan membazir waktu berbelanja
Sambut syawal dengan sederhana

Kunjung mengunjung di aidil fitri
Bermacam hidangan menambat hati

Tetamu datang mari raikan
Ketupat rendang turut dihidangkan

Tangan dihulur bersalam-salaman
Marilah kita bermaaf-maafan



Posted at 08:05 am by SeRiNDiT
Make a comment   
Dec 21, 2007
Pantun bersama pu3
pu3
Meniti hari pagi dan petang
bila meniti berhati-hati
langkah betul dikatakan sumbang
tidak puas apa yang didapati

Gunung kinabalu hendak didaki
kudrat diri tak terdaya kini
angkara fitnah kerana dengki
mahabbah terjalin terlerai kini

setiap hari menyeberang titi
berpegang tangan dengan Mak siti
keikhlasan sahabat tidak dihati
terjadi dengki,cemburu,benci ada dihati
 

Seri
puteri,
dah lama kita tinggalkan ruangan pantun ni....
jom kita berpantun....

membuat rumah menyusun bata
beramai-ramai riang dan ria
jangan peduli apa orang kata
yang penting kita selalu ceria

gunung tinggi cuba didaki
penat duduk jangan berlari
mahabbah terlerai akibat dengki
berjaga-jaga jauhkan diri

orang hina jangan dicaci
budi bahasa menjadi sebutan
dengki, cemburu dan juga benci
terlerai kini ikatan persahabatan


pu3
Ed maaf pu3 dah jarang masuk sini cozs sibuk sakan....
tahu tahu aja ehem..............
ok ni jawapan pu3....

Pisang emas dalam peti
dimautkan pula dalam sampan
selalu ceria hiburkan hati
kata mengata kita hindarkan.

Gunung tinggi cuba di daki
tapi kudrat tak terdaya kini
jauhkan diri hasad dan dengki
ikhlaskan diri diberkati ilahi

bawa lori penuh muatan
muatan di bawa ke Pekan Manaci
terlerai kini ikatan persahabatan
akibat fitnah caci mencaci.......
 
 seri
pisang emas di dalam sampan
hantar ke rumah pak cik Hambali
kata mengata kita hindarkan
semoga persahabatan terjalin kembali

gunung tinggi tidak terdaki
kalau mendaki berhati-hati
jauhkan diri dengki mendengki
berkasih sayang moga diberkati

setiap malam pergi ke gerai
sebelum pergi bawa senjata
ikatan persahabatan jangan terlerai
jalinkan ukhuwah sesama kita
  

Posted at 11:56 pm by SeRiNDiT
Make a comment   
Dec 4, 2007
Pantun 2
Salam puisi buat semua
Kami berpantun lagi ...
HA dan Seri

Bunga melati di pinggir jalan
Indah disebut dalam seloka
Hasrat hati ingin berkenalan
Hanya mulut terkunci pula

Pergi melawat ke Batu Berendam
Nasi kuning tetamu dijamu
Hasrat murni jangan dipendam
Luahkan semua tersirat di hatimu

Terima kasih dari Anirah
Serangkap puisi berbunyi haiku
Luka di lengan Nampak berdarah
Luka di hati siapkah tahu?

Orang Beaufort membawa tauhu
Dari Hasyuda kuterima krimannya
Luka di hati tidak kutahu
Orang terluka merasa  sakitnya

Ahmad disuruh memanjat kelapa
Gelikan semut lalubertop
Memang sungguh tidak dilupa
Rindu berpaut di lesung pipit

Hati sedih menangis sendu
Dia curang mengundang kecwa
Lesung pipit menggamit rindu
Suara merdu memukau jiwa

Sambil menyapa tersimpul senyuman
Menyahut seruan berbudi murni
Tiada siapa memilih jalan
Kalau bukan kehendak hati

Berkain pelikat tidak berbaju
Tunduk malu jalan perlahan
Lorong lurus kita tuju
Jangan terpesong di simpang jalan

Selangan batu tumbuhan mewah
Tanaman ayah sebagai hobi
Jika tahu tersesat arah
 ke punca jalan harus kembali

Hati sakit terlalu marah
diri dipersenda sedih kurasa
hamba sedar tersalah arah
ingin kembali menyucikan dosa

Berhari-hari menulis surat
Tidak tahan menanggung rindu
Di mana lagi hati bertambat
Kalau bukan padamu Satu

Cantik sungguh kiambang bertaut
Di dalam tasik airnya merah
Jika sudah hati terpaut
Jangan beralih ke lain arah

Buah salak tanaman subur
Banyak dijaja di pasar Tawau
Anak-anak sumber penghibur
Melupakan segala duka yang lampau

Tinggi-tinggi si Gunung Daik
Naik ke puncak memasang jerat
Didik anak menjadi baik
Agar selamat dunia akhirat

Orang besar berlari anak
Dikejar lembu belaan Pak Samad
Entah benar entahkan tidak
Keputusan itu sudah muktamad

Ingin menyanyi menguji bakat
Lagu dipilih ramai yang suka
Jika keputusan sudah dimuafakat
Terima dengan hati terbuka

Potong kayu  di dalam hutan
Diikat rapi untuk dijual
Masa lalu tidak dilupakan
Sebati abadi ingatan kekal

Putih berseri puteri kayangan
Ikal mayang menawan hati
Simpan semua sebagai kenangan
Di dalam hati tersimpul mati


Posted at 04:37 pm by SeRiNDiT
Make a comment   
Nov 29, 2007
Pantun dalam bahasa Bajau
bese'eh belangan-langan
moso buk tetojok urung
mangan nya mangan
asal jo kurung-kurung
(moral: memupuk hubungan yang baik (kekeluargaan & persaudaraan)


Posted at 12:50 am by SeRiNDiT
Make a comment   
Pantun Jangan (Nasihat)
Jangan ditanam padi di seberang
Jangan menghuma di puncak bukit
Jangan tak kenang budinya orang
Jangan dilupa walau sedikit

Jangan di daki Gunung Tahan
Jangan pergi tanpa teman
Jangan lupa kasihnya tuhan
Jangan bersedih menerima ujian

Jangan jadi rindu bayangan
Jangan rasa selalu dipendam
Jangan dibiar marah berpanjangan
Jangan disuburkan benci dan dendam

Jangan dilupa kasih sayang ibu beri
Jangan jadi Tenggang tak mengenang budi
Jangan ditangisi nasibnya diri
Jangan dikesal apa yang terjadi

Jangan berenang dalam perigi
Jangan dibuar air di baldi
Jangan dikenang yang sudah pergi
Jangan dirindu orang tak sudi

Jangan duduk tepi jalan
Jangan duduk di atas batang
Jangan dirindu kepada bulan
Jangan ditanya ke mana bintang

Posted at 12:40 am by SeRiNDiT
Make a comment   
Pantun Peribahasa
Serindit berpantun,
Air dalam karang menonggok
Setanggi dicampur kemenyan
Gula tertumpah pada kanji
Walau dirimu tidak kujenguk
Sabar menunggu dalam penantian
Akan kutunai bila berjanji

Bagaimana hendak kurenung
Air pasang menuju ke laut
Bagaimana hati kan senang
Air besar sampan tak hanyut

Air di tasik berkilauan
Air yang cetek jangan diselam
Air diminum sembiluan
Airmata jatuh ke dalam

Anak ayam berlari-lari
Takut helang datang menerkam
Air diminum terasa duri
nasi dimakan terasa sekam

ada air di dalam gelas
gelas diletak tidak beralas
ada ubi ada batas
ada budi pasti dibalas

adat dipakai baru
kain dipakai usang
adat muda menanggung rindu
adat juara kalah menang

adat dunia balas membalas
syariat pula palu memalu
orang berbudi biar berbalas
walau balasan tidak diperlu

Posted at 12:20 am by SeRiNDiT
Make a comment   
Nov 25, 2007
Pantun bersama Hasyuda Abadi
HA:
Dadih pekat sudah dihidang
Belum dijamah tetamu pak Lebai
Sedih teramat kekasih hilang
kuntum nan indah layu terkulai

Seri:
Tuai padi buang jerami
Padi dijemur di tengah hari
Kuntum terkulai jatuh ke bumi
Kekasih hilang membawa diri

HA:
Membaca pantun dari sahabat
Seawal subuh pagi nan hening
Penyakit batin segera tersemat
Lantaran kalbu dirundung runsing

Seri:
Cantik sungguh Dayang Senandung
Berdayung ke seberang di atas batang
Kalbu dikurung runsing membendung
Segera diubat penyakit mendatang

HA:
Membeli hadiah hari jadi
Untuk titipan si ibu guru
Di puncak gunung membawa diri
Tiada teman tempat mengadu

Seri:
Makan lauk tidak bernasi
Di atas meja semuanya tersedia
Andai tiada teman di sisi
Sujud mengadu kepada DIA

HA:
Berkaca mata menonton wayang
'Tentang Dia' kisah sahabat
Membaca nota mohon diulang
Terang nyata makna tersirat

Seri:
Masuk ke hutan biar kutemankan
Kerana takut harimau membaham
Makna tersirat minta tafsirkan
Kusurat jelas agar difaham

HA:
Jangan padi disangka padi
jika ditampi hanya hampanya
jangan sudi disangka sudi
jika sudi hanya sapanya

Seri:
Gadis manis di hujung biara
Sedih mengenang masa lampaunya
Tegur sapa mula bicara
Tanda hati sudi sesungguhnya

HA:
Asah belati di malam hari
Menghiris sepat untuk hidangan
Gelisah hati memahami diri
Demi sahabat benamkan kemahuan

Seri:
Ikan keli dimasak kari
Ikan disimpan di dalam laci
Untuk di makan di tengah hari
Sahabat sejati sukar dicari
Setakat menguji mengapa benci
Ingin menyelam setia diri

HA:
Gelak tawa melihat  gelagat
JY kelakar sambil bersajak
Apakah habis gejolak hayat
Dugaan mekar tidak berganjak

Seri:
Anak rusa terlangar batang
Batang tertutup si daun lebar
Dugaan datang memekar matang
Tidak berganjak tak gentar dicabar

HA:
Jalan raya semakin sesak
Ke pusat kota di hujung minggu
Tatkala bahasa semakin rojak
Kosa kata layu di buku

Seri:
Sudah tua mata kabur
Stiap hari makan bubur
Jangan dibiar layu berkubur
Variasikan ia menjadi subur

HA:
Anak hamba lawa berpakaian
Kain lusuh hadiah si Mansur
Adu domba bawa perpecahan
Bangsa runtuh Negara hancur

Seri:
Pergi ke laut ikan dipukat
Perahu dkayuh ke Bukit Keramat
Muafakat akan membawa berkat
Amalkan ia agar selamat

HA:
Kedidi, angsa, punai, kenari
Bebas terbang di angkasa raya
Budi bahasa dan nilai murni
Asas harmoni sejahtera bangsa

Seri:
Jaga diri jangan dikeji
Andai dibenci tinggal sendiri
Diri dihormati disanjung dipuji
Bersopan santun amalan diri

HA:
Siti Mariam membeli permata
Saying permata dijual murah
Biarlah diam dari berkata
Kalau berkata mengundang amarah

Seri:
Pergi berkelah di Tanjung Bidara
Bawa bersama kuih koci
Sdap dimakan manis intinya
Sambil makan berlari-lari
Berdiam diri kukunci bicara
Kalau berkata dia membenci
Cuma nak tahu di mana silapnya
Diri ku di sisih tinggal sendiri

HA:
Ikan gelama dimasak kicap
Ikan siakap digulai lada
Mana kata mahu diucap
Belum diucap kehilangan nada

Seri:
Takut disambar siburung helang
Menyelamatkan diri pusing keliling
Di depan pagar tak boleh lalu
Bagaimana nada tak hilang
Sidia tersenyum sambil menjeling
Lidah kelu membungkam malu


HA:
Langkah Malaysia sungguh berani
Pemimpin tersohor segera bertindak
Apakah rahsia tersembunyi wangi
Meski berkubur hilangnya tidak

Seri:
Berjalan-jalan di Bandar Bangi
Bawa keluarga bersama-sama
Sempat membeli bunga dahlia
Harum kasturi serbak mewangi
Indah amalan tuntutan agama
Penghias diri akhlak mulia




No comments:

Post a Comment