Monday 13 December 2010

pantun lapan karat


PENGENALAN
‘Pantun Lapan Kerat’ tergolong dalam
pantun orang muda. Pantun ini
menggambarkan kehidupan seharian
masyarakat. Pantun ini berfungsi
untuk memberikan nasihat dan
pengajaran.
Maksud pantun
Rangkap 1: Penyair bersyukur kepada Tuhan
dengan takdir yang menimpa dirinya. Meskipun
dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai
kesusahan yang berpanjangan dan
mengharapkan belas kasihan orang lain, dia
reda dengan ketentuan-Nya. Hal ini kerana
setiap perkara yang berlaku ada hikmah di
sebaliknya.
Rangkap 2: Penyair menggambarkan sikap
tuan rumah sewaktu melayani tetamu.
Dalam amalan masyarakat kita, setiap
tetamu mestilah dihormati dan dilayan
dengan baik. Hal ini tergambar, apabila
tetamu dijemput makan selepas semua
pinggan dan mangkuk serta makanan
sudah siap terhidang.

Share & Embed

Recent Readcasters

Add a Comment


No comments:

Post a Comment