Tuesday, 7 December 2010

pantun cinta di hati kekasih

Hinggap berlindung di tepi kolam
Burung hantu malam berjaga
Menahan rindu setiap malam
Hendak bertemu dengan dik Rita.

Jawapan Rita:

duduk berehat di tepi kolam
burung hantu tak kunjung tiba
mengapa merindu setiap malam
di dalam forum hari-hari kita berjumpa.

Pantun Saya:

Berkemban dara bermandi bunga
Disirami air basah tiada
Dambaan anda harapan bersama
RedoNya dipohon selepas berusaha. 

Balasan Rita;

dulu dipanggil mandi bunga
modern sekarang ke spa sahaja
dikau dambaan di mana jua
diizin Dia pasti bersama.

Pantun saya:

Sugguh besar kali Ganga
Tempat mandi putera mohkota
Sungguh besar hati hamba
Rita sudi dan tengah berusaha. 

Jawapan Rita:

terpaksalah Rita terus berusaha
umur pun bukanlah muda
jika dambaan dah di depan mata
takkan Rita nak lepaskan dia

Pantun saya:

Memasang bubu bersama jala 
meredah parit dan juga paya
Tidak perlu maaf segala
madah rit, alahai... menawan jiwa.

Jawapan Rita:

student bijak berkata kata
membuat Rita terus terleka
dalam gurau kadang-kadang tak sengaja
takut luka tak berdarah pula .

Pantun saya:

Meskipun masam seperti cuka
Manis juga yang aku rasa
Biar tercedera seribu luka
Gurauan Rita kutelan semua. 

Kuketami rata belulang menjadi kayu
Kupahat panji-panji cinta berhiaskan baldu
Akan kutemani Rita di setiap ruang waktu
Dari saat kau jaga hingga ke masa lenamu.

Kalau bermadah sekian lama
Terkukur hamab terbang ke angkasa
Kalau sudah demikian kata
Bersyukur sahaya pada Allah Taala. 

Dayung sudah di tangan kita
Perahu di air sudah menghala
Layarkan bahtera ke samudera cinta
Kugenggam tanganmu ke Pulau Bahagia.

No comments:

Post a Comment