Wednesday 17 November 2010

pantun kenangan

Ahlan Wa Sahlan.... Selamat Datang,
Bumi Jordan menggamit diri,
Hampir 2 tahun kami bertandang,
Tiba masa kami minta diri.


Mula-mula tiba van tersilap jalan ,
Perasaan tak syok terdetik di hati,
Takkan ini kawasan kediaman,
Sesak, kalut, bukit macamana ni ???


Zaid dipesan cari rumah di kawasan sunyi,
Dah ' tua' ni tak nak tempat sesak,
Alhamdulillah , rumah dicari ada privacy,
Lega rasanya tak perlu berasak-asak.


Masa tiba jetlag nak tidor cepat je,
Winter pulak pukul 6 dah gelap gelita,
Tidur pukul 6 pukul 3 dah jaga,
Kesian Zaid bercakap sorang-sorang je. 


Jiran bertandang ucap ahlan wa sahlan,
Ummu Muaz dan rakan-rakan baik belaka,
Tak sangka dapat juga berkenal-kenalan,
Berlainan bahasa bukan penghalangnya.


Di sini bermula segala-galanya,
Naik coaster ke mana sahaja,
Bila dah penat dan jemu rasanya,
Taxi pulak menjadi kenderaannya.


Taxi pulak banyak ragamnya,
Tingkap bertutup heater terpasang,
Driver nak juga hisap rokoknya,
Mulalah Zaid ready nak 'berperang'.


Balad , Masjid Hussein sibuk kelilingnya,
Tempat lawatan setiap masa,
Malizia, malizia.. tak jemu kami dipanggilnya,
Dua gerai jus berebut customer.


Mat'am Cairo , gerai 10 kurusy wajib dilawati,
Setiap kali kami tak lepas peluang ini,
Kalau rajin ke gerai air tebu kami susuri,
Kacang soya, cili kering tak lupa dibeli. 


Zaid dan Izzat solat Jumaat,
Berlapik kotak 5 sen sekeping,
Tapi Pak Arab ramai ponteng solat,
Buat muka seposen jalan sekeliling.


Women in black menjual rokok,
Loteri dijual merata-rata ,
Berjubah berserban semuanya merokok,
Penjual loteri tak juga kaya.


Ramadan dirai ceria sekali,
Macam pesta malam tak pernah sunyi,
Terasa terharu dalam hati,
Di Malaysia tidak seriang begini.


Syawal juga meriah dirai,
Kanak-kanak ramai bertandang ke mari,
Duit raya juga siap diberi,
Handbag masing-masing siap dipenuhi.


Musim panas musim party,
Graduation, kahwin semuanya masa ni,
Berdentum berdentam percikan bunga api,
Sampai tak hairan sebab dah lali.


Orang Amman moden belaka,
Anak muda berfesyen semua,
Pakai baju tak kira cap apa,
Adibas, Levi,s , Neki .. tak sape herannya. 


Wanitanya pula cantik tak terkata,
Salon kecantikan bersepah merata,
Bulu kening habis licin di'siat'nya,
Silap-silap senget jadinya.


Abdoun tempat tinggal si kaya,
5/6 buah kereta tersadai depan rumah,
Senang lenang mewah segala,
Mecca Mall khas shopping buat merekalah.


Lihat pelarian di kem baqa'ah,
Rumah tidak macam rumah,
Atap sekerat lantai tanah,
Kesian nasib belum berubah.


Kini tiba kami mengundur diri,
Walaupun banyak lagi yang ingin diingati,
Jordan, terimakasih daun keladi,
Ada masa kami berkunjung lagi.

No comments:

Post a Comment