Wednesday 17 November 2010

pantun ibubapa,,

Ayah ibu dari situlah lahirnya
Jasad dan ruh Amanah (Anak) diKurnia
Dijaga dididik setiap masa
Menjadi tanggungan akhirat dan dunia

Hati ayah jangan diluka
Tergelincir menjadi, anak derhaka
Ibu pula lebih lagi dijaga
Kerana ditelapak kaki letaknya syurga

Begitu tinggi diangkat Islam (ibu dan bapa)
Tingginya darjat disanjung mulia
Apapun kejayaan anak siang dan malam
Restu ibubapa penentu akhirnya

Namun, ibu bapa janganlah berdalih
Kasih diberi memilih-milih
Tergelincir ibu bapa ada anak dapat lebih
Yang berjauh hati pasti terasa sedih

Lebih-lebih lagi kalau ramai ibu
Harta diagih jutaan beribu
Tersilap beri ada yang tersedu
Merajuk hati menjeruk kalbu

Selalunya yang terasa memendam sahaja
Kerana didikan agama pantang derhaka
Namun mungkin dihati TIADA dia berdoa
Kesejahteraan orang tua di Alam baka

Lebih buruk kalau dia kecewa
Adik dan ibu lain pula terlebih manja
Lantas memilih laluan bernoda
Atas alasan mengubat duka

Bukan tak boleh beristeri ramai
Kasih sayang yang utuh dan adil harus disemai
Tapi yang boleh macam tu sekarang dah tak ramai
Kecuaian ketua, keluarga hancur bercerai

Namun ibu bapa ada kelebihan
Meskipun didunia tiada, masih boleh diAMPUNkan
Dengan doa anak-anak yang soleh lagi budiman
Tekun beribadat lagi dermawan

Oleh itu haruslah dipasti
Anak dimata anak dihati
Jangan dibeza kasih dan budi
Kerana mereka kurniaan Ilahi

Kepada Ibubapa senantiasa di doakan
Semoga ditempatkan dengan orang beriman
Semoga Doa kita hari ini Allah balaskan
Anak-anak kita nanti Soleh dan budiman

No comments:

Post a Comment